Ahad, 19 Jun 2011

Majlis Tilawah Al Quran

Bahagian Agama dan Kaunseling IPK Pulau Pinang melalui Unit Imarah telah menganjurkan Majlis Tilawah Al Quran PDRM peringkat Kontinjen Pulau Pinang pada 24 Mei 2011 di Dewan Komuniti Pasukan Gerakan Merin Wilayah 1. Majlis telah dirasmikan oleh YDH Dato' Wira Ayub Haji Yaakob, Ketua Polis Pulau Pinang . Seramai 4 orang Qari dan 4 Qariah telah memperdengarkan bacaan masing-masing pada malam tersebut. 












 

Selasa, 14 Jun 2011

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

      Pada 31 Mei 2011 Bahagian Agama Dan Kaunseling (Unit Sahsiah) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah yang telah diadakan di Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM).

      Seramai 70 orang Pegawai/Anggota dan kakitangan Awam telah menghadirkan diri untuk sama-sama menjayakan kursus tersebut. Antara kandungan kursus ini ialah mendedahkan kepada peserta cara untuk mengurus jenazah lelaki dan wanita seperti mandi, kafan dan sebagainya.








   

Isnin, 6 Jun 2011

PROGRAM MEMBUDAYAKAN ALQURAN

Program ini adalah ilham daripada Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang SAC Dato' Abd. Rahim bin Jaafar. Program dijalankan setiap hari jumaat jam 8.30 pagi turut disertai Pegawai, Anggota Polis dan Kakitangan Awam. Antara kandungan program adalah bacaan al Quran, huraian hukum-hukum tajwid dan pentafsiran ringkas ayat yang dibaca pada hari itu.







BAHAGIAN AGAMA DAN KAUNSELING IPK PULAU PINANG

        Bahagian Agama dan kaunseling (BAKA) Polis Diraja Malaysia telah diwujudkan hasil daripada Laporan Suruhanjaya Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM pada 13 Mei 2005 yang mencadangkan agar Unit Agama ditubuhkan untuk pembangunan kerohanian dan moral anggota polis.

MOTO
 Agensi Penguatkuasa Utama
Yang Berintegriti , Kompeten
Dan Komited Untuk Bekerja
Dengan Masyarakat

VISI
Agensi Penguatkuasa Utama
Yang Berintegriti, Kompeten
Dan Komited Untuk Bekerja
Dengan Masyarakat

MISI
Pemangkin ke arah melahirkan warga PDRM yang berintegriti, beretika dan mantap dari segi spiritual, mental dan moral dalam merealisasikan Visi PDRM melalui Penerapan budaya kerja sebagai Satu Ibadah dan Amanah berasaskan Prinsip Islam Hadhari Membudayakan kaunseling dan muhasabah diri sebagai Sumber Kecemerlangan